Monday, June 15, 2009

kenangan pahit manis bulan ini



Hepi besday utk my son, Muhammad Azim Dhiyauddin yg ke 4 tahun. Aku rasa cukup hepi ari ni. Tepat jam 4.37 petang ( 15 Jun 2009 ). Anakku dari minggu lps asyik mintak hadiah Transformer yang dijual kat Stesen Minyak Petronas. Tapi ia dok kuar lagi. Aku rasa mainan anakku tu kalu dikira boleh beli Proton Exora dah sebuah. Tapi demi anakku, ku sanggup korbankan apa-apa je.




Dalam kegembiraan ini, aku terima berita rakan sekerjaku seorang guru Puan Fatimah bt Maidin meninggal dunia petang kelmarin ( Ahad,14 jun 2009 ) Begitulah adat dunia, setiap yang hidup akan pergi meninggalkan kita. Nasib kita belum tentu lagi. Pada jam 8.30 pagi aku sempat ziarah ke rumah arwah, ramai cikgu2 dtg, PPD pun ada, maklumlah kawan2 arwah dan kwn2 suami pun ramai cikgu. Takziah untuk Cikgu Wan Jali sekeluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat.



Tahniah juga untuk kawanku, Cikgu Hamidi yang berjaya convert subjek di IPGM, Kuala Terengganu. Belajar rajin2. Buat yg terbaik. Lawanya pagi ni pakai kopiah, macam orang balik haji je.
22 hb Jun kawan saya ni akan daftar utk belajar. Tahniah sekali lagi.

Sunday, June 7, 2009

Qaseh produk untuk kesihatan


Jus Qaseh Kekanda dan Qaseh Adinda memuatkan khazanah-khazanah alam berikut dalam satu formulasi istimewa Jus Kurma Madu Air Zam-zamBuah Tiin Buah Zaitun Habbatus Sauda'Za'faran Ginkgo BilobaSirih



Manfaat:


· Penyembuh Yang Mujarab

·Kuasa Mencerdaskan Otak

·Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria

·Membekalkan tenaga segera, Gula dalam

·Madu mudah dihadam dan sebagai sumber dan memulihkan tenaga

·Membantu melawaskan sistem pencernaan

·Membantu buah pinggang berfungsi dengan lebih baik

·Mencergaskan dan menenangkan fikiran disebabkan banyak oksigen dibawa ke otak

·Mengurangkan kesakitan kulit terbakar

·Mengurangkan parut

·Merangsang pertumbuhan sel baru dan mempercepatkan penyembuhan luka

·Mengimbangi tekanan darah

·Merendahkan tahap kolestrol

·Membantu mencapai berat badan yang seimbang dan ideal

·Membantu mengatasi angin ahmar

·Mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi

·Mengurangkan risiko serangan kanser

·Mencegah serangan ghout, sembelit dan buasir

·Mengurangi terjadinya Trombosis dan

·Arterioklerosis (Pembuluh Darah Tersumbat dan Sempit)


so,klu ade sape2 yg berminat kn..kt cni aku attachkn sape yg korg kne cntact okeh:


1.Mohammad Azlan 019 2666099
2.Rosmawati 019 2323230
3.Sabudin 013 9841973

Saturday, June 6, 2009

Lawatan Zoo Negara


Aku sempat mmbawa anak2 ke Zoo Negara. Sampai saja kat KL pada Jumaat ( 29 Mei 2009 ) terus kami ke Zoo Negara. Tiket punyalah mahal. Tapi seronok rasanya bila dapat tengok binatang.

Tempahan menjahit pun ada

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kalu anda inginkan tempahan menjahit, silalah hubungi saya

Sabudin 013 9841973 atau pun Ruhani 019 9969936. Harga tempahan berpatutan.

Baju Melayu sepasang RM70.00,
baju kurung RM20.00,
langsir pun ada kalu nak,
Baju Riau RM 22.00,

Kalau nak buat cara pos pun diterima. Alamat pos:

N0 434, Kg Sungai Buaya, 23000 Dungun, Terengganu,
Email saya : din2610@yahoo.com

Sekali pakai rasa nak lagi.......

Makan malam di Umbai, Melaka.

Dari KL kami sekeluarga pergi makan ikan bakar kat Umbai. Kami pergi dengan dua buah kereta. Dari KL ambil masa hampir 2 jam je. Sampai ke Umbai, terus pergi kat medan selera. Kepada mereka yg belum sampai kat Umbai, rugi kalu tak datang. Seronok weh. Lihatlah kami, berselera kami makan.......



Tengoklah aksi kami yang kelaparan. Tak makan hampir 2 hari semata-mata nak makan kat Umbai, Melaka. Mereka yang join kami ialah aku, isteri ( Ani ) , Nurin dan Azim ( anak ), Teh, Abang Zol, Aina, Cek Da, Azlan, Along, Awal dan Angah. Lepas makan kita orang pergi ke Skudai, rumah anak Abg Zol yang kahwin dengan orang Mersing tu. Kami tido satu mlm kat rumah dia ( Taman Cahaya Masai ) . Lepas tu jumpa kawan lama, Pauzan namanya. Harap dia buka blog aku. Hampir 6 tahun tak jumpa dia.




Inilah kawan lama aku semasa di MPMK, JB 1994/1996. Classmate aku masa tu. Sekarang dia ngajar kat SK Cahaya Baru, Masai, Johor. Orangnya handsome gak. Nama dia Pauzan bin Abu Bakar. Orang Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi.

Melancong ke Taman Universiti, Skudai




Pada cuti persekolahan yang lepas, kami sekeluarga pergi makan angin ke JB. Alah, dekat je dari KL. Kebetulan anak buah bertunang waktu tu....Aku sempat ke JB cuma sehari je. Lepas tu aku sekeluarga balik ke KL. Lepas tu aku ke Genting Highlands. Seronoknya cuti tahun ni ( 2009 ).





Bersama birasku, Abang Zol Kemaman ketika pergi melancong ke Genting Highlands semasa cuti sekolah bulan Mei 2009. Memang best giler.