Friday, July 31, 2009

Jamuan Sambutan Kedatangan Guru Besar Baru


Salam,

Pada 30 Julai 2009 ( Khamis ) jam 2.45 petang, kami guru2 ptg SK Sura mengadakan jamuan sambutan Tuan Guru Besar baru ( En Alias bin Dolah ). Dalam majlis itu GB menyampaikan sepatah dua kata. Beliau berpesan kepada guru2 sesi petang supaya memberi kerjasama kepada Guru Kanan Petang ( En Elias bin Jusoh ). GB akan menjaga kebajikan guru2. GB berpesan supaya mengajar dengan baik murid petang supaya mereka akan cemerlang pada Tahun 6 akan datang.

Majlis jamuan disajikan dengan pulut durian dan buahan. Maklumlah sekarang ni kat Dungun dan seluruh tempat terdapat buah2an. Musim buah namanya. Kepada semua guru SK Sura, marilah kita memberi kerjasama kepada GB dan juga pihak sekolah.

Wassalam

Jamuan Perpisahan Cikgu Hartini Haron











Salam,

Lama dah tak update blog. Pada 30 Julai 2009 jam 2.45 petang, kami guru-guru di sessi petang SK Sura Dungun adakan satu jamuan ringan iaitu bagi meraikan perpisahan seorang guru sementara ( Cikgu Hartini Haron ) yang mengajar selama 5 minggu menggantikan abangnya Cikgu Hamidi Haron yang berkursus di IPGM Kampus Dato' Razali Ismail.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis, iaitu Guru Kanan Petang, Cikgu Elias bin Jusoh, disusuli dengan ucapan Tuan Guru Besar yang baru, Cikgu Alias bin Dolah. Selepas itu Cikgu Hartini berucap.

Apa yang seronok jamuan hari tu disajikan dengan pulut durian.rambutan, dan buah-buahan lain. Hampir 40 biji kami sepakat membelinya di Pasar Dungun. memang meriah betul jamuan itu. Sampai pukul 4.00 ptg durian itu tak habis kami makan. Bukan cikgu saja, malah pekerja dan kakitangan pejabat pun datang ke jamuan tersebut.

Kepada Cikgu Hartini, janganlah lupa kami di sini. Kalau ada masa datanglah ke sekolah. Minggu depan 2 Ogos 2009. Cikgu Hamidi akan kembali semula ke sekolah.

Wassalam.

Thursday, July 16, 2009

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah

Salam Hari Guru
Tidak salah rasanya saya ingin mengucapkan selamat hari Guru kepada semua guru di sekolah saya ( SK Sura, Dungun ) khasnya dan seluruh guru di serata tempat. Pada 19 Jun baru-baru ni ( Jumaat ) saya dan seorang kawan Cikgu Abu Hanipah terlibat dengan aktiviti Hari Guru iaitu gotong royong membersihkan kubur di Kampung Padang Pulut, Dungun. Penat juga lama tak menebas dan menebang.
Dua hari selepas itu, saya bersama Cg Abu terlibat sekali lagi dengan program PPD Dungun iaitu sanbutan Hari Guru Peringkat Daerah di Dewan SMK Padang Pulut pada 21 Jun 2009 ( Ahad ) dari jam 2.00 hingga 5.30 petang. Memang seronok tengok acara-acara dewan pada ketika itu. Ramai kawan lama saya jumpa. Majlis tersebut dirasmikan oleh YAB Ahli Parlimen Dungun. Syabas kepada guru-guru daerah Dungun.

Dapat Guru Besar Baru

Salam sejahtera. Selepas pemrgian GB Tn Haji Samsudin bin Abd Hamid ( gambar ) dari sekolahku yg bersara pada 30 Jun 2009 ( Selasa ), ramai cikgu cakap-cakap pasal siapa pengganti GB. Desas-desus terjawab dua tiga hari kemudian, iaitu awal Julai 2009, iaitu Cikgu Alias bin Dollah dari SK Sultan Omar, Dungun sebagai GB yang baru.

Tahniah kepada Cikgu Alias kerana memegang jawatan GB di SK Sura, Dungun. Sebenarnya saya sudah mengenali Cikgu Alias sejak tahun 1993 lagi, iaitu semasa saya GSTT di SK Kuala Jengal, Dungun. Kemudian saya masuk maktab perguruan.

Dengan kehadiran Cg Alias, akan menyemarakkan lagi mutu pendidikan di SK Sura. Kepada rakan-rakan guru, sama-sama kita teruskan perjuangan demi anak bangsa kita.

Wassalam.

Thursday, July 2, 2009









Salam sejahtera.
Pada 30Jun 2009 ( Selasa ), bos saya selaku guru besar SK Sura, Tuan Haji Samsudin bin Abd Hamid telah pun bersara dari alam pekerjaan, semoga beliau berbahagia bersama keluarga. Meriah betul sambutan. Pada 29 Jun seluruh kakitangan SK Sura, Dungun bertungkus lumus membuat persiapan bagi persaraan bos yang kami sayangi. Dari petang membawa ke malam, cikgu lelaki sibuk potong daging dan yang cikgu perempuan pulak sibuk memasak. Terima kasih di atas sokongan semua. Terimakasih kepada pihak pengurusan sekolah dan PIBG. Sebagai acara kenangan, Guru Besar merasmikan surau sekolah yang akhirnya diberi nama Surau Haji Samsudin. Semoga Allah merahmati seluruh warga SK Sura.