Friday, April 22, 2011

Mandi Kolam


Salam sejahtera,

Wah, anak saudaraku, M. Adam Danial dari KL ada balik semalam. Pagi ni siap mandi kolam dengan anakku, Azim. Seronoknya mereka. Takpalah kalau tak mandi kolam kat hotel, mandi kat rumah pun jadilah.
Lusa dah nak balik KL, kejap je. Apa2 pun kalau anakku ni berjumpa dengan sepupunya tu, macam2 lah perangai yang dibuatnya.

Sunday, April 17, 2011

Johan Bercerita Zon Sura 2011

Menerima hadiah daripada Tuan Guru Besar

Bergambar Kenangan bersama Guru Besar,
Guru Penolong Kanan dan juga Peserta Yang Lain

Ketika Bercerita Semasa Perhimpunan Pagi

Salam sejahtera,
Ini cerita anakku, Nurin Nadhirah, Tahun 6G SK Sura yang menyertai Pertandingan Bercerita Sempena Pertandingan Tilawah, Bercerita dan Hafazan Peringkat Zon Sura. Nurin mendapat Johan dalam pertandingan tersebut. Pada hari ini, 17 April 2011, semasa perhimpunan Nurin telah menyampaikan ceritanya dalam perhimpunan dan pada 21 April 2011 ini, dia akan ke SMK Kuala Abang untuk pertandingan Peringkat Daerah pulak.
Semoga berjaya.....

Saturday, April 16, 2011

Aktiviti Pengakap Tahap 2 Hari Selasa



Salam sejahtera.

Salah satu aktiviti pengakap SK Sura pada hari Selasa baru-baru ini ( 12 April 2011 ) ialah Tayangan CD Pengakap Terbitan Persekutuan Pengakap Malaysia selama 53 minit kepada ahli Pengakap Tahun 4, 5 dan 6.
Semoga segala maklumat di dalam CD tersebut dapat dimanafaatkan oleh ahli pengakap semua.
Terima kasih kepada beberapa orang AJK guru pengakap yang hadir dalam aktiviti tersebut.

Tuesday, April 12, 2011

Layang-Layang Terbang Melayang

Salam sejahtera.
Cerita tentang murid-murid Tahun 4M belajar PSV. Tajuk 'Wau'. Selama seminggu murid-murid kelas ni buat wau dan akhirnya seminggu selepas tu, layang-layang ini dinaikkan.
Sungguh seronok murid-murid tu menaikkan layang-layang mereka.

Sunday, April 10, 2011

Kelas Malam Dan Peperiksaan OUM




Salam sejahtera.
Hari ini 10 April 2011, jam 7.15 aku bertolak ke SMK Chendering untuk menduduki Peperiksaan Akhir OUM Sem Jan 2011. Yang penatnya, hari ni 2 kertas sekali gus. Kelmarin pulak satu kertas. Pagi dan petang. 3 jam satu paper, jadi 6 jam semuanya. Merdeka sekejap. Pukul 6.00 petang baru sampai rumah. Malam pulak, dari jam 8.15 - 9. 45 malam aku ke sekolah pulak. Ada kelas malam Tahun 5. Dah jadi rutin kehidupanku sejak bergelar guru ni. Ni ada sikit gambar suasana kelas malam Tahun 5. Penat tapi happy semacam.......

Thursday, April 7, 2011

Majlis Hari Jadi Haziq Husaini

Muhammad Haziq Husaini

Muhammad Azim dan Muhammad Syahmi


Assalamualaikum

Lagi cerita pasal hari jadi. Pada jam 6.30 petang ( 6 April 2011 ), aku dan family ke rumah abang ipar di Taman Bukit Chatak Perdana untuk sambut harijadi anak sedaraku, Haziq Husaini yang telah masuk umur 9 tahun.

Kepada adik Haziq, semoga panjang umur dan murah rezeki.

Wednesday, April 6, 2011

Upin dan Upin di Perpustakaan Awam Dungun


Salam sejahtera.

Dah 4 bulan tak update blog ni. Ni ada cerita baru yang hendak disampaikan pada pembaca. Pada 28 Mac hingga 2 April 2011, satu Pesta Jualan Buku Bersama Upin dan Ipin dilangsungkan di Perpustakaan Awam Dungun. Ramailah kanak2 yang datang. Macam-macam ada buku yang dijual. Anak-anakku tak sabar nak tengok Upin dan Ipin. Maklumlah, kanak-kanak katakan.Selama seminggu pesta jualan tersebut, aku dan anak2 sempat tiga kali datang.Hari terakhir baru ada peluang bertemu dengan Upin dan Ipin. Bukan main seronok budak2 tu.Di sana, ramailah kawan2 ku jumpa. Acara akhir ialah pertandingan mewarna. Seronok bila dapat hadiah.Itu saja cerita pada kali ni.