Sunday, December 8, 2013

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PULAU PINANG

Dah lama tak update blog.
Pada 6 dan 7 Disember 2013, aku sekeluarga bersama keluarga birasku telah bercuti di Kuala Sepetang, Pulau Pinang, Taiping, Sabak Bernam dan Kuala Lumpur.
Perjalanan 3 hari 2 malam itu sungguh menyeronokkan. Di Kuala Sepetang, kami makan mee udang Mak Jah, kemudian ke Pulau Pinang.
Di Pulau Pinang, kami bermalam di Bayu Emas Apartment, Batu Feringgi. Antara tempat kami lawati ialah Bukit Bendera, George Towm ( makan Pesembur ), Toys Museum dan tempat makan yang menarik.
Hari kedua ( Sabtu ) , kami pulang ke Taiping ( bermalam di Lagend Inn, Taiping ). Makan malam bersebelahan dengan Balai Bomba Taiping. Hari ketiga kami makan di Warung Nasi Lemak Muhibbah ( Rancangan Warung Kita Astro ).
Pukul 10.00 kami ke Sabak Bernam menuju ke Restoran Rimba di Sabak Bernam. Kami merasa hidangan eksotik seperti landak masak merah, kijang, ikan keli dan sembilang.
Tiba di Tanjung Karang, kami minum Cendol Durian Borhan. Memang best. Jam 6.00 petang, kami tiba di rumah di Pandan Indah.