Saturday, July 5, 2014

PINDAH SEKOLAH JULAI 2014

Assalamuaikum buat sahabat2
Tanggal 1 Julai 2014, aku sudah tidak bertugas di SK Sura lagi. Pihak PPD telah memaklumkan yang aku akan telah dinaikkan pangkat dan dihantar bertugas di SK Durian Mas 1, Bandar AlMuktafi Billah Shah, berkuatkuasa 16 Jun 2014. Nak tak nak aku terpaksa pergi walaupun hati ini amat berat untuk meninggalkan sekolah lama ku iaitu SK Sura.
Hampir 13 tahun aku bertugas di SK Sura, dan aku ingat aku ingin terus kekal di SK Sura. Demi menyahut cabaran guru besar dan pihak PPD dan JPNTer, aku gagahi juga untuk bertugas di SKDM1 sebagai Guru Penolong Kanan HEM.
Sepanjang hampir 13 tahun di SK Sura, banyak pengalaman pahit dan manis ku lalui bersama guru-guru dan para pelajar. Ku tahu setiap pertemuan ada perpisahan. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi pada masa-masa yang akan datang jika Allah mengizinkan.
Doakan semoga segala urusanku dipermudahkanNya. Amin.
Selamat tinggal SKS, selamat tinggal sahabat guru dan selamat tinggal anak didikku.