Sunday, November 21, 2010

Aktiviti Hari Raya Haji 2010




Salam sejahtera
Pada Rabu 17 Nov 2010 ( Rabu ) kita menyambut Hari Raya AidilAdha di Paka. Pada petangnya ada jamuan aqiqah anak sepupu ( Zuki ) kat Kg Tebing Tembah. Keesokan harinya, aku dan family ke Kg Sura Hujung untuk majlis pertunangan Zaki ( anak sepupu kepada isteriku ).
Hari raya ke 3 pula, jam 3.30 ptg kami sekeluarga mengadakan majlis pertunangan adikku ( Nor ) dgn orang Ketengah Jaya. Majlis berjalan lancar. Pada 20 Nov 2010 ( Sabtu ), aku menghadiri majlis doa selamat di rumah abang ipar ( Rozlan ) di Bukit Chatak. Semua ahli keluargaku datang meraikan majlis tersebut.
Pada hari ini 21 Nov 2010 ( Ahad ) aku ke sekolah kerana bertugas semasa cuti. Banyak juga kerja yang hendak dibereskan pada hari ini iaitu Borang Kemasukan Ke SMK, Data SMM dan lain-lain. Semoga tahun hadapan lebih berjaya dan cemerlang.

Friday, February 12, 2010

Program Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 Bersama Guru UPSR / Program Motivasi











Salam,
Pada hari semalam, 11 Feb 2010 ( Khamis ), sekolah aku mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Murid UPSR bersama Guru Tahun 6 dan juga Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Cg Musa dari SMK Seri Dungun. Program tersebut dijalankan pada pukul 9.00 pagi hingga 1.15 tgh.
Program dimulakan dengan ucapan Timbalan YDP PIBG SK Sura, Pembentangan Perancangan UPSR 2010 oleh Tuan Guru Besar, En Alias bin Dolah, dan akhir sekali dengan Ceramah Motivasi oleh Cg Musa. Semua guru Tahun 6 terlibat dengan jawatan kuasa ini. Aku ditugaskan sebagai Ketua AJK LCD, Komputer dan Backdrop. Terima kasih kepada Cikgu Mohd Din, Cg A. Tarmizi dan En Faizal yang membantu aku.
Semoga program ini sedikit sebanyak membantu murid Tahun 6 menghadapai Peperiksaan UPSR pada hujung bulan September 2010 nanti.

Monday, January 25, 2010

Kursus Motivasi Dan Menjawab Soalan Tahun 6





Assalamualaikum

Bertemu kita sekali lagi. Hari ini masuk hari kedua sekolahku mengadakan Kursus Motivasi Menjawab Soalan Tahun 6 yang bermula semalam selama 2 hari. Gambar yg tersenyum seorang tu namanya Cikgu Abdul Salam, Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling. Dialah penyelaras program kita orang. Dan yang sedang pegang mic tu, Cikgu Mohd Din, Guru Matematik merangkap Guru Bestari SKS. Dia orang lama dalam bidang memeriksa kertas UPSR Matematik. Tahniah pada mereka. Ramai lagi guru yang terlibat, termasuk Cg Hilmi, Cg Rusmadi, Cg Nor Nizam dan Cg Salina. Semoga sukses selalu buat mereka.

Aku pula ditugaskan untuk merakamkan gambar guru2 Yang memberi ceramah adalah Guru Pemeriksa Kertas Tahun 6 2010. Selepas kursus ini, kami akan menghadiri Mesyuarat Guru kali ke 2 pula. Sejak mengajar Tahun 6 ni, sibuklah sikit. Tapi takpa.

Semoga murid SKS akan mendapat kecemerlangan untuk tahun ini.

Amin.

Tuesday, January 12, 2010

Kereta MPV Alza baru


Assalamualaikum dan selamat pagi.
dah lama aku tak update blog, maklumlah terlalu sibuk. Nak kongsi pengalam je. Minggu lepas pada 3hb Januari 2010 , aku dah dapat kereta baru.Alza MPV Automatik. Anak2 ku bukan main sibuk nak naik. Maklumlah kereta baru.
Baru2 pun lama2 turun harga jugak. Semoga kawan2 sukses di tahun baru 2010 dengan azam baru. Azam aku untuk pakai kereta baru di tahun baru akhirnya tercapai juga.
Alhamdulillah. Rezeki Tuhan bagi.