Friday, February 12, 2010

Program Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 Bersama Guru UPSR / Program Motivasi











Salam,
Pada hari semalam, 11 Feb 2010 ( Khamis ), sekolah aku mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Murid UPSR bersama Guru Tahun 6 dan juga Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Cg Musa dari SMK Seri Dungun. Program tersebut dijalankan pada pukul 9.00 pagi hingga 1.15 tgh.
Program dimulakan dengan ucapan Timbalan YDP PIBG SK Sura, Pembentangan Perancangan UPSR 2010 oleh Tuan Guru Besar, En Alias bin Dolah, dan akhir sekali dengan Ceramah Motivasi oleh Cg Musa. Semua guru Tahun 6 terlibat dengan jawatan kuasa ini. Aku ditugaskan sebagai Ketua AJK LCD, Komputer dan Backdrop. Terima kasih kepada Cikgu Mohd Din, Cg A. Tarmizi dan En Faizal yang membantu aku.
Semoga program ini sedikit sebanyak membantu murid Tahun 6 menghadapai Peperiksaan UPSR pada hujung bulan September 2010 nanti.