Sunday, December 8, 2013

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PULAU PINANG

Dah lama tak update blog.
Pada 6 dan 7 Disember 2013, aku sekeluarga bersama keluarga birasku telah bercuti di Kuala Sepetang, Pulau Pinang, Taiping, Sabak Bernam dan Kuala Lumpur.
Perjalanan 3 hari 2 malam itu sungguh menyeronokkan. Di Kuala Sepetang, kami makan mee udang Mak Jah, kemudian ke Pulau Pinang.
Di Pulau Pinang, kami bermalam di Bayu Emas Apartment, Batu Feringgi. Antara tempat kami lawati ialah Bukit Bendera, George Towm ( makan Pesembur ), Toys Museum dan tempat makan yang menarik.
Hari kedua ( Sabtu ) , kami pulang ke Taiping ( bermalam di Lagend Inn, Taiping ). Makan malam bersebelahan dengan Balai Bomba Taiping. Hari ketiga kami makan di Warung Nasi Lemak Muhibbah ( Rancangan Warung Kita Astro ).
Pukul 10.00 kami ke Sabak Bernam menuju ke Restoran Rimba di Sabak Bernam. Kami merasa hidangan eksotik seperti landak masak merah, kijang, ikan keli dan sembilang.
Tiba di Tanjung Karang, kami minum Cendol Durian Borhan. Memang best. Jam 6.00 petang, kami tiba di rumah di Pandan Indah.











Saturday, November 23, 2013

KENANGAN AYAHANDAKU

Tanggal 5 September 2013, genap 20 tahun ayahku meninggalkan kami sekeluarga. Masih teringat lagi janji arwah ayahku berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh. Yang paling aku terkilan sekali apabila aku tidak sempat membalas jasa ayahku. Masa tu umurku baru mencecah 20 tahun. Semoga arwah sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan digolongkan dalam orang-orang yang beriman. Al-Fatihah buat ayahku, Amin...


CUTI SEKOLAH SESI 2013

Selamat bercuti sekolah untuk semua rakan-rakan guru dan sahabat-sahabat semua di seluruh negara. Juga kepada murid-murid terutama yang menuntut di SK Sura, Dungun. Kita akan bersekolah semula pada 1 Januari 2014. Rancanglah percutian dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti melancong, menziarahi sesama saudara dan sebagainya. Wassalam...

Friday, November 1, 2013

CUTI DEEPAVALI DAN CUTI MAAL HIJRAH 1435H

Lama dok update blog ni...
Esok Sabtu ( 2 November 2013 ) Cuti Deepavali
Ahad ( 3 November 2013 ) Cuti Kelepasan Am
Isnin ( 4 November 2013 ) kerja
Selasa ( 5 November 2013 ) Cuti Maal Hijrah 1435H
Khamis, Jumaat ( 7 dan 8 November 2013 ) Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform Sekolah
SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN....

Sunday, January 27, 2013

JAM TANGAN OMEGA UNTUK DIJUAL


1. JAM TANGAN OMEGA UNTUK DIJUAL
HARGA RM280.00. STOK TERHAD. JAM OMEGA SEAMASTER JAMES BOND 007.

2.  JAM OMEGA HARGA RM80.00 SAHAJA

BOLEH HUBUNGI 013-9841973