Wednesday, September 30, 2009

Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah 2009























Salam,
Hari ni, ( Rabu 30 September 2009 ) semua cikgu datang pagi ke sekolah. Ada majlis jamnuan raya. Seronok betul. Pagi tu, murid semua kelas ada aktiviti mewarna sempena Hari Raya. Aku pun terlibat sama. Bekas GB pun datang bersama dhif jemputan di kalangan pegawai PPD dan PIBG. Ada nasi minyak, nasi dagang, sate dan kuih-muih. Aku bersama Cikgu Abu dan Cg Hamidi bertugas mengagihkan makanan dan air kepada murid. Pukul 1.30 baru kami pulang.
Ucapan terima kasih kepada semua ajk cikgu dalam menjayakan program ini.

Sunday, September 27, 2009

majlis kahwin Ustazah Nooraiha




Salam,
Pada 25 .9.2009 ( Jumaat ) jam 11.30 pg aku bsama 2 org kawanku, Abu dan Hamidi telah pergi ke Kampung Serdang, Dungun bg mghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja Ustazah Nooraiha yg slmt mlgsungkan perkahwinan pd hari tersebut. Di sana kami bjumpa dengan pengantin dan Guru Besar kami, Cikgu Alias Dolah dan family.
Kami mengucpkan selamat pengantin baru kpd Ustzh Nooraiha dan suami.

Friday, September 25, 2009

Kenduri Kahwin Kampung Bukit, Chendering

















Salam,

Semalam, Khamis ( 24 September 2009 ), aku, isteri, anak dan ibuku pergi mghadiri kenduri kahwin anak sepupu ibuku di Kampung Bukit, Chendering. Memang meriah. Ramai saudara mara jauh dan dekat aku jumpa.
Aku juga sempat beraya di rumah Mak Ngah aku di kampung tu. Sempat juga aku jumpa dengan Ayah Su dari Balok dan keluarga Mak Su aku. Terima kasih di atas layanan yg dberikan oleh keluarga Mak Ngah. Juga kpd sepupuku, Yusri. Bapa sepupu, Pok Surin dan Pok Non dari Kelulut. Aku balik ke Dungun selepas selesai majlis pada jam 7 mlm, dan sampai ke rumah ibuku jam 9 mlm. Oklah dulu.
Nanti kita sambung cerita.

Wednesday, September 23, 2009

Sambutan Hari Raya Family Dungun

























Salam

Ini cerita pasal raya kat Dungun pulak. Raya ptama keletihan. Tidur jam 11 mlm. Raya ke dua ( Isnin - 21 September 2009 ) kami ke rumah saudara sekitar Kg Sungai Buaya dan Pulau Serai. Raya ke tiga ada majlis bahagi duit raya. Tengahari tu ke rumah mak saudara sebelah isteri. Namanya Cek Da Jah.

Slps tu aku dan biras ( Abg Zul ) ke rumah kawan sekerja ( Pn Hajah Mahani ) yang mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Pada ptg tu abg iparku yg tinggal kat Pasir Mas balik ke sana. Mmg meriah. Malam tu aku dan family menjamu selera dengan ayam KFC. Anak buahku yg pergi beli.Pukul 12 mlm hingga 1 pg aku ke Restoran Salamath utk minum malam. Sembang punya sembang tak sedar jam 2 pagi. Balik dari restoran tu terus tidur. Itu saja cerita pasal raya tahun ni.

Tuesday, September 22, 2009

Sambutan Hari Raya Family Paka






















Salam sejahtera,

Meriah betul sambutan hari raya family aku kat Paka. Pada pagi Syawal ( 20.9.2009) Ahad, aku,ibu dan adik aku ke masjid utk menunaikan solat sunat hari raya.Lepas tu aku blk ke rumah ibuku di Wakaf Hijau. Kemudian aku menziarahi kubur arwah bapaku di Darat Kubur. Anak2 ku ikut sekali ke kubur datuk mrk.Pada jam 3.00 ptg aku ke rumah Abang Duan aku di Paka dan rumah besan ibuku di Paka juga. Pada pukul 6.00 ptg aku ke rumah 3 org ibu saudaraku di Kampung Pinang Merah.Pada pukul 10.00 malam, aku ke Dungun balik ke rumah ibu mertua di Kg Sungai Buaya. Sebelum sampai di Sg Buaya aku singgah di rumah Hartini ( adik kawanku ) utk beraya.Pukul 11.30 mlm, baru aku sampai di Sungai Buaya, memang penat raya tahun ni. Tapi happy.Nanti aku cerita lagi pasal raya di rumah mertuaku pulak.

Ok, jumpa lagi.

Tuesday, September 15, 2009

Majlis Berbuka Puasa SK Sura

Salam,
Kita bertemu lagi. Pada hari ini ( Selasa ) 15 September 2009, kami guru2 SK Sura mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan miskin. Pagi tadi aku dan AJK persiapan tempat sibuk menyiapkan tempat bagi majlis tersebut. Ketuanya Ustazah Kamisah. Memang meriah.
Pada petang pula, majlis khatam Quran dan tadarus pula diadakan. Ia dikendalikan oleh Ustaz Azman selaku Setiausaha PIBG SK Sura. Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar, En Alias bin Dolah.
Aku datang bersama Cikgu Abu Hanifah dan Cikgu Hamidi bersama keluarganya. Menunya nasi beriani dan ayam berlada.serta daging goreng kicap. Memang sedap.
Kepada cikgu2 SKS, selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfiri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Sekian dulu cerita tentang berbuka puasa.

Friday, September 4, 2009

Taklimat Pengawasan UPSR SK Seberang

Salam,
Kita berjumpa lagi. Semalam, Khamis ( 3 September ) aku ke SK Seberang Dungun untuk menghadiri sesi taklimat pengawasan UPSR 2009. Aku ditugaskan sebagai pengawas peperiksaan. Ada 7 orang guru yang terlibat. Ketua pengawas peperiksaan pula ialah Cikgu Syafiq Abdullah dari SK Paka 2. Member kamcing aku Cikgu Abu pun terlibat dengan pengawasan pada minggu depan iaitu 8 hingga 10 September 2009. Cikgu lain ada dari SKKN, SK B1, dan SK Pulau Serai.
Kepada pelajar Tahun 6, hadapilah peperiksaan ini dengan tabah dan buat yang terbaik.
Kepada cikgu Pengawas, bersedialah menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.
Ok, setakat ni dulu, lain kali aku cerita lagi.

Tuesday, September 1, 2009

Berbuka Puasa dan Kemerdekaan

Salam,
Jumpa lagi. Semalam kita menyambut Hari Kebangsaan kali ke 52. Memang meriah pada malam 31 Ogos tu. Masa tu aku minum kat Kopitiam Dungun bersama 3 orang birasku. Kami memang kamcing. Sambil minum kopi kami tak sedar yang orang sedang memasang bunga api dan laungan merdeka tepat jam 12.00 tengah malam. Kami pun keluar dari kedai dan melihat pertunjukan bunga api. Memang meriah.
Semalam pulak, kami yang berkumpul di rumah mertua di Dungun ni, sama-sama berbuka puasa. Kuih dan lauk pauk memang banyak, sampai tak habis. Malam tu masing-masing balik ke kampung masing2 untuk kerja pada 1 September. Azlan sekeluarga balik ke Kuala Lumpur, Abang Nan sekeluarga balik ke Kuala Berang, dan Abang Zul sekeluarga balik ke Kemaman. Tinggallah aku dan keluarga kat rumah.
Nanti kita jumpa lagi pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi.
Cukup dulu sampai di sini. Tak lupa pada Su yang awal2 lagi balik ke UPSI.