Sunday, November 21, 2010

Aktiviti Hari Raya Haji 2010




Salam sejahtera
Pada Rabu 17 Nov 2010 ( Rabu ) kita menyambut Hari Raya AidilAdha di Paka. Pada petangnya ada jamuan aqiqah anak sepupu ( Zuki ) kat Kg Tebing Tembah. Keesokan harinya, aku dan family ke Kg Sura Hujung untuk majlis pertunangan Zaki ( anak sepupu kepada isteriku ).
Hari raya ke 3 pula, jam 3.30 ptg kami sekeluarga mengadakan majlis pertunangan adikku ( Nor ) dgn orang Ketengah Jaya. Majlis berjalan lancar. Pada 20 Nov 2010 ( Sabtu ), aku menghadiri majlis doa selamat di rumah abang ipar ( Rozlan ) di Bukit Chatak. Semua ahli keluargaku datang meraikan majlis tersebut.
Pada hari ini 21 Nov 2010 ( Ahad ) aku ke sekolah kerana bertugas semasa cuti. Banyak juga kerja yang hendak dibereskan pada hari ini iaitu Borang Kemasukan Ke SMK, Data SMM dan lain-lain. Semoga tahun hadapan lebih berjaya dan cemerlang.