Saturday, July 5, 2014

PINDAH SEKOLAH JULAI 2014

Assalamuaikum buat sahabat2
Tanggal 1 Julai 2014, aku sudah tidak bertugas di SK Sura lagi. Pihak PPD telah memaklumkan yang aku akan telah dinaikkan pangkat dan dihantar bertugas di SK Durian Mas 1, Bandar AlMuktafi Billah Shah, berkuatkuasa 16 Jun 2014. Nak tak nak aku terpaksa pergi walaupun hati ini amat berat untuk meninggalkan sekolah lama ku iaitu SK Sura.
Hampir 13 tahun aku bertugas di SK Sura, dan aku ingat aku ingin terus kekal di SK Sura. Demi menyahut cabaran guru besar dan pihak PPD dan JPNTer, aku gagahi juga untuk bertugas di SKDM1 sebagai Guru Penolong Kanan HEM.
Sepanjang hampir 13 tahun di SK Sura, banyak pengalaman pahit dan manis ku lalui bersama guru-guru dan para pelajar. Ku tahu setiap pertemuan ada perpisahan. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi pada masa-masa yang akan datang jika Allah mengizinkan.
Doakan semoga segala urusanku dipermudahkanNya. Amin.
Selamat tinggal SKS, selamat tinggal sahabat guru dan selamat tinggal anak didikku.

Friday, May 16, 2014

16 Mei 2014

Hari ini Jumaat 16 Mei 2014 merupakan hari yang bermakna buat diriku kerana hari ini adalah Hari Guru yang disambut di seluruh negara. Pada minggu ini juga aku terlibat dengan Kem Kecemerlangan UPSR Fasa 2 di Mayang Sari Resort. Aku tidak dapat pulang ke kampung di Paka kerana terpaksa memberi komitmen kepada tugas yang diamanahkan.
Kepada semua yang bergelar cikgu atau guru. aku ingin mengucapkam
" SELAMAT HARI GURU "
" Guru : Penjana Kreativiti, Pencetus Inovasi "
Terima kasih cikgu...................

Monday, April 21, 2014

GAMBAR KENANG-KENANGAN GURU-GURU SK SURA 2014


AKTIVITI BULAN APRIL 2014

Penat sungguh rasanya tahun ni..
Untuk bulan April 2014, banyak pulak aktiviti nak kena buat termasuk aktiviti sekolah dan aktiviti keluarga.

Senarai Aktiviti Sekolah

29 April 2014 - sebagai pengacara majlis Pertandingan Lagu Sifir Panitia Matematik 2014
15,16 dan 17 Mei 2014 - AJK Rakaman / Dokumentasi Kem Harapan UPSR 2014 di UiTM Dungun
18 Mei 2014 - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014
19,20,21 dan 22 Mei 2014 - Ujian OTI 2 / Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014
19,20, dan 21 Jun 2014 - Penyelaras Perkhemahan Tahunan Sekolah

Senarai Aktiviti Keluarga

24 April 2014 - mengambil anak di asrama SESMA
26 April 2014 - anak sepupu kahwin
27 April 2014 - hantar anak ke asrama SESMA
3 Mei - Majlis Sambut Menantu Sepupu dan BBQ bersama keluarga

Penat sungguh weh...

Tuesday, February 18, 2014

KAD AHLI PUSTAKA SERI INTAN DUNGUN

Lama dok update blog ambe ni..
Ini kad terbaru dari Pustaka Seri Intan.Kalau dulu harga kad ahli ni cuma RM1.00.
Sekarang dah jadi RM5.00. Apa nak buat....


Saturday, February 8, 2014

INSAN-INSAN KESAYANGAN KELUARGA YANG KEMBALI KE RAHMATULLAH

Mereka berdua adalah adik beradik seibu sebapa. Ibu mertuaku Setawa biti Hj Abu Bakar ( Mok Ngah Awa ) dan kakanya Cek De Joh ( kiri ) . Ibu mertuaku telah meninggalkan kami buat selama-selamanya pada          10 Ogos 2010 manakala kakaknya meninggal dunia pada 10 Januari 2014 baru-baru ini. Semoga arwah di tempatkan bersma orang-orang yang beriman. Al Fatihah....



ANAK-ANAK KESAYANGANKU..

Inilah anak-anak kesayanganku.
Nurin Nadhirah binti Sabudin
dan Muhammad Azim Dhiyauddin bin Sabudin...
Semoga anak-anakku menjadi manusia berguna di dunia dan di akhirat...




Friday, February 7, 2014

HONDA CITY IDAMANKU

Tanggal 23 Disember 2013, aku telah membawa pulang Honda City baru ke rumah. Lebih tiga bulan menunggu akhirnya Honda City itu menjadi milikku. Rasa begitu selesa bila pulang ke kampung. Pada 30 Januari 2014 baru-baru ini aku telah membawa City tu ke Kuala Lumpur. Sekarang hampir sebulan lebih aku memandu kereta tersebut. Syukur kepada Allah yang memberi REZEKI ini...Aminn