Saturday, October 3, 2015

BERTUKAR SEKOLAH KE SK KAMPUNG BARU KUALA ABANG, DUNGUN

Selamat Malam Sahabatku Semua.

Sekadar perkongsian. Pada 30 September 2015, semasa menjalankan tugas-tugas pejabat di SK Durian Mas 1, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari PPD Dungun yang meminta aku ke PPD pada sebelah petangnya jam 3.00 petang. Aku tidak tahu langsung apa yang PPD mahu dariku.

Pada jam 3.00 petang, aku terus ke PPD selepas pulang dari sekolah. Rupa-rupanya seramai 32 orang guru di kalangan sahabat-sahabatku di seluruh sekolah telah dipanggil seperti aku. Barulah aku tahu yang aku akan menerima surat pertukaran selepas aku memohon bertukar pada Jun lepas.

Dalam taklimat bersama PPD, aku telah menerima surat dari JPNT yang mana aku telah ditukarkan ke SK Kampung Baru Kuala Abang. Jawatanku di sekolah baru adalah sama dengan di SKDM1 iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau GPK HEM. Aku dan sahabat-sahabatku yang lain diminta untuk melapor diri di sekolah baru pada 1 Oktober 2015. Alhamdulillah, Syukur padaMu ya Allah......

Selamat tinggal SK Durian Mas 1
Selamat tinggal guru-guru dan murid-murid SK Durian Mas 1
SK Durian Mas 1 - ( 16 Jun 2014 hingga 30 September 2015 )

Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan..



Saturday, June 27, 2015

SETAHUN BERLALU

Rupa-rupanya, dalam sedar tak sedar sudah setahun ku bertugas di tempat baru di SK Durian Mas 1. Banyak perkara ku belajar sejak ku berada di dalam pihak pengurusan bermula 16 Jun 2014. Anak-anak buahku semuanya sporting dan sentaiasa menjalankan tugas dengan baik seperti yang diarahkan.
Ada kawan-kawan bertanya, bila aku akan kembali bertugas di bandar. Kataku biar dulu. Ku ingin mengumpul seberapa banyak pengalaman di sekolah tersebut.
Kadang-kadang terfikir juga tentang kos yang tinggi dari segi petrol dan lain-lain namun ku tak hiraukan itu semua.
Doaku semoga ku tabah hadapi semua ini, In Shaa Allah....

Wednesday, February 18, 2015

PROGRAM TAKLIMAT GST DAN ISU-ISU SEMASA 2015 DI UiTM DUNGUN

Pada hari ini, jam 2.00 petang, bertempat di Dewan Aspirasi. UiTM Dungun, aku bersama kawan-kawan sekerja dalam pihak pengurusan sekolah dan juga wakil-wakil dari setiap agensi kerajaan Daerah Dungun menghadiri Program Taklimat GST dan Isu-isu Semasa yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Hj Ahmad bin Hj Maslan dan juga perasmian penutup oleh YAB Menteri Besar Terengganu.

Hampir 3 jam bersama Timbalan Menteri Kewangan, aku dan rakan-rakan lain sedikit sebanyak memahami dan mengetahui tentang GST ini yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015.

Aku pulang ke rumah pada jam 6.30 petang selepas selesai program tersebut.