Wednesday, December 12, 2012

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU 2012







Pada 2 hingga 4 Disember 2012, aku bersama 2 keluarga yang lain dari Kemaman dan Kuala Lumpur telah mengadakan percutian ke Kota Kinabalu. Kami seramai 10 orang bertolak dari LCCT pada 2 Disember 2012 tepat jam 8.00 pagi dan tiba di Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi. Kami telah melawat beberapa tempat menarik seperti Menara Yayasan Sabah, Pekan Nabalu, Gunung Kinabalu di Kundasang, Hot Spring Kundasang, Sabah Tea di Ranau, Pasar Malam Sinsuran, Kampung Air, Water Front dan Muzium Sabah juga Masjid Negeri Sabah. Anak-anak kami bukan main lagi gembiranya apabila pertama kali menjejakkan kaki di Negeri Di Bawah Bayu. Kami pulang ke Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam dari Lapangan Terbang Terminal 2 Kota Kinabalu dan tiba dio LCCT pada pukul 10.30 malam.