Wednesday, December 12, 2012

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU 2012







Pada 2 hingga 4 Disember 2012, aku bersama 2 keluarga yang lain dari Kemaman dan Kuala Lumpur telah mengadakan percutian ke Kota Kinabalu. Kami seramai 10 orang bertolak dari LCCT pada 2 Disember 2012 tepat jam 8.00 pagi dan tiba di Kota Kinabalu pada jam 10.30 pagi. Kami telah melawat beberapa tempat menarik seperti Menara Yayasan Sabah, Pekan Nabalu, Gunung Kinabalu di Kundasang, Hot Spring Kundasang, Sabah Tea di Ranau, Pasar Malam Sinsuran, Kampung Air, Water Front dan Muzium Sabah juga Masjid Negeri Sabah. Anak-anak kami bukan main lagi gembiranya apabila pertama kali menjejakkan kaki di Negeri Di Bawah Bayu. Kami pulang ke Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam dari Lapangan Terbang Terminal 2 Kota Kinabalu dan tiba dio LCCT pada pukul 10.30 malam.

Friday, May 18, 2012

KENANGAN HARI GURU SK SURA 2012



Lama sudah ku tidak update blog. Di sini ada sedikit kenangan sambutan Hari Guru 2012 di SK Sura.  
Sambutan yang diberi begitu membanggakan sekali dan bermakna buat diriku yang sudah 16 tahun bergelar guru. Selamat Hari Guru buat rakan-rakan guru di seluruh negara umumnya dan di SK Sura khasnya.

Sunday, April 22, 2012

JAMBOREE PENGAKAP KE 12 TERENGGANU

Kenangan bersama Pengakap seluruh Asia Pasifik yang diadakan di Kem Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin pada 19 hingga 25 November 2011.
Kenangan banyak didapati dari jamboree ini. Seramai 17 orang ahli pengakap Tahun 6 SK Sura bersama 3 orang guru pengakap SK Sura menyertai program perkhemahan ini.
Semoga jamboree ini memberi seribu kenangan kepada ahli pengakap semua.

Friday, February 17, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012












Salam sejahtera.

Pada hari semalam Khamis ( 16 Feb 2012 ), aku dan anakku, Muhammad Azim Dhiyauddin telah menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah di SK Sura. Bukan main lagi anakku bersemangat untuk ke sekolah. Anakku juga terlibat dengan perarakan dan juga pertandingan mewarna Tahap 1.

Lebih seronok apabila diumumkan bahawa rumah sukan anakku ( Rumah Dato Bahaman ) telah menjadi johan pertandingan perarakan.Itu saja laporan untuk minggu ini.