Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Bulan Puasa

Salam
Kepada saudaraku semua, hari ini Sabtu ( 22 Ogos 2009 ), kita sama-sama menjalani ibadat puasa. Semoga ibadat kita pada bulan Ramadhan yang mulia ini mendapat keredhaan dari Allah jua hendaknya.
Kepada Su Nor yang kini berada di UPSI, Along yang berada di Bukit Jalil, CekDa sekeluarga yg berada di Pandan Indah, Roha yang ada di KL, juga Adik Nor yg berada di Kampung Nyior, Paka, Adik Rue yg berada di UiTM Shah Alam serta kenalan semua, semoga berada di dalam kesejahteraan hendaknya. Jangan lupa sembahyang sunat Terawih.
Nanti sama-sama kita berbuka apabila pulang ke kampung seterusnya dapat menyambut Syawal yg bakal menjelma sebulan dari sekarang.
Sekian dulu dariku

Saturday, August 15, 2009

mesin jahit GEMSY untuk dijual




Salam,
Saya nak jual sebuah mesin jahit jenis GEMSY tahun 2007 ( September ). Harga dalam RM1400.00. Guna elektrik dan sesuai untuk jahitan kain, langsir dan jeans. Sesiapa berminat boleh hubungi saya ( Sabudin bin Mahmud - 013-9841973 ). Harga masih boleh dirunding jika benar2 berminat. Mesin jahit tu ada kat rumah saya di Kampung Sura Hujung, kalau sesiapa nak beli atau pun ada kawan nak beli hubungi saya dengan segera. Hebahkan pada kawan2. Terima kasih.
Sekian, harap maklum.

anak saudara baru


Salam,

Ini gambar anak saudara baruku. Namanya belum tahu lagi. Pada 14 Ogos 2009 ( Jumaat jam 3.00 petang ) aku dan family serta ibu pergi melawat keluarga abgku semalam. Yusri, sepupuku pun ada. Kami datang selepas pergi jamuan kat rmh ibu sepupuku ( Mak Da Pah ) kat Taman Uda Paka.

Aku balik ke Dungun pukul 6.00 ptg sebab pada malamnya aku ada kelas tuisyen jam 8.00 malam. Pada malam tu ada Konsert Gempak Gegar THR kat Dataran Merdeka, Dungun jam 9.00 malam hingga 11.00 malam.

Penat betul aku hari tu. Tapi aku happy.

Thursday, August 13, 2009

Dapat anak saudara baru

Salam sejahtera,
Hari ini 13 Ogos 2009, jam 9.00 pagi kakak ipar ku ( Che Long ) selamat melahirkan seorang anak perempuan ( anak ke 4 ) dalam keluarganya. Abangku menghantar ke hospital pada jam 6.00 pagi. Semoga abangku dan kakak ipar berada dalam keadaan sihat yang sejahtera. Petang tadi aku dan family nak pergi melawat tapi kanak2 tak boleh masuk. Cuma isteri aku saja yang dapat masuk ke dalam wad bersalin di Hospital Dungun. Waktu melawat pula disingkatkan dari 3 jam ke 2 jam je. Isteriku kata berat bayi tersebut ialah 3.46 kg. Berat tu. Sekarang anaknya 1 lelaki dan 3 perempuan.
Gambar bayi tu takda lagi setakat ni. Mungkin akan datang aku akan masukkan gambar pulak.
Sekian dulu cerita abangku yang tersayang ( Redzuan ). Kepada anak sulungnya ( Kak Roha ) tahniah kerana dapat adik baru. Heroin lagi.

Sunday, August 2, 2009

Kursus Penandaan Bahasa Melayu Kertas 2

Salam

Pada 1 Ogos 2009 ( Sabtu ) jam 8.00 hingga 12.30 tgh, aku dan 40 rakan guru dari SK Sura, Dungun menghadiri Kursus Penandaan Bahasa Melayu Kertas 2. Kursus dikendalikan oleh Cikgu Nor Nizam bin Ramli iaitu seorg guru SK Sura yg mengajar Tahun 6 dan juga pemeriksa kertas BM UPSR. Dalam masa yg sama terdapat satu lagi kursus iaitu Kursus Kemahiran Hidup juga 40 org peserta.
Apa yang lebih manarik, Cuma 5 org je cikgu lelaki sebagai peserta yang lain semua perempuan, tetapi seronok. Tahniah kpd Cikgu Nizam kerana berjaya mengendalikan kursus tersebut dgn jayanya. Juga kepada Pengerusi Panatia BM Puan Hajah Rokiah bt Mohamad yang tidak putus2 menyumbangkan idea kpd cikgu2. Kepada cikgu yang terlibat, semoga sukses selalu di sekolah yang kita sayangi.