Saturday, March 30, 2019

CUTI-CUTI KUALA LUMPUR 2019

Assalamualaikum

Lama dok update blog ni...rindu pulok...

Pada 28 - 31 April 2019, aku sekeluarga berkesempatan untuk bercuti di Kuala Lumpur..
sekadar jalan-jalan cari makan dan juga sedikit acara shopping untuk sambutan Hari Raya tahun ini. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, aku sekeluarga duduk di KL sampai seminggu atau lebih. Tahun ni duduk 4 hari je.

Takpelah..nak buat macam mana..minggu depan sekolah dah buka. Aku pulak sibuk dengan urusan pejabat. Bulan April nanti penuh dengan aktiviti pejabat dan sekolah...

Apa2 pun...cuti kali ini memang best...tq

Friday, November 3, 2017

ABANG ZUL..BIRASKU

Assalamualaikum..lama dok update blog ni..busy memanjang..
Semalam 2 November 2017..aku dikejutkan dengan berita tentang birasku..Abang Zul terpaksa menjalani proses cuci buah pinggang akibat sakit buah pinggang di Hospital Kemaman..

Namun..pagi ini diberitahu dia telah dpt keluar dari wad dan akan hadir semula ke hospital minggu depan..semoga..birasku tabah menghadapi dugaan ini..

Sama-sama berdoa agar Abg Zul sentiasa sihat sentiasa..Aminn...

Sunday, October 2, 2016

SOS SPAGHETI HOME MADE

Salam Muharram
Sos spagheti home made RM5.00 sebekas.
Area Kg Sungai Buaya, Dungun
Boleh call atau whatsapp saya Sabudin 013.984.1973
untuk tempahan.
Tq byk2....

NASI ARAB AIR TANGAN ISTERI

Hari : Ahad
Tarikh : 2 Oktober 2016 / 1 Muharran 1438H
Tempat : Kg Sungai Buaya
Siapa2 nak rasa, marilah jalan rmh...


Thursday, April 21, 2016

JAWATAN BARU DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN

Assalamualaikum

Lama dah tidak update blog. Dalam diam-diam sudah sudah hampir 3 bulan aku bertugas sebagai Penyelia Kanan HEM di PPD Dungun. Dalam masa 3 bulan ini, banyak pengalaman yang aku perolehi semasa menjawat jawatan ini.

Ramai pegawai-pegawai pendidikan yang aku jumpa terutama pegawai-pegawai dari JPNT, pihak pengurusan sekolah rendah dan menengah seluruh daerah Dungun. Tidak terkecuali pegawai-pegawai pendidikan dari setiap daerah dalam negeri Terengganu.

Banyak lagi perkara yang aku perlu pelajari. Semakin hari, semakin banyak perkara baru yang aku lalui. Kepada rakan-rakan guru dan rakan sepejabat, berilah sokongan kepadaku untuk aku terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.

Sekian dulu untuk coretan pada kali ini. InsyaAllah, akan datang kita bersua kembali di coretan2 akan datang...


SALAM 1MALAYSIA, SALAM 1TERENGGANU, SALAM 1PPD DUNGUN...

Terima kasih...



Saturday, October 3, 2015

BERTUKAR SEKOLAH KE SK KAMPUNG BARU KUALA ABANG, DUNGUN

Selamat Malam Sahabatku Semua.

Sekadar perkongsian. Pada 30 September 2015, semasa menjalankan tugas-tugas pejabat di SK Durian Mas 1, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari PPD Dungun yang meminta aku ke PPD pada sebelah petangnya jam 3.00 petang. Aku tidak tahu langsung apa yang PPD mahu dariku.

Pada jam 3.00 petang, aku terus ke PPD selepas pulang dari sekolah. Rupa-rupanya seramai 32 orang guru di kalangan sahabat-sahabatku di seluruh sekolah telah dipanggil seperti aku. Barulah aku tahu yang aku akan menerima surat pertukaran selepas aku memohon bertukar pada Jun lepas.

Dalam taklimat bersama PPD, aku telah menerima surat dari JPNT yang mana aku telah ditukarkan ke SK Kampung Baru Kuala Abang. Jawatanku di sekolah baru adalah sama dengan di SKDM1 iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau GPK HEM. Aku dan sahabat-sahabatku yang lain diminta untuk melapor diri di sekolah baru pada 1 Oktober 2015. Alhamdulillah, Syukur padaMu ya Allah......

Selamat tinggal SK Durian Mas 1
Selamat tinggal guru-guru dan murid-murid SK Durian Mas 1
SK Durian Mas 1 - ( 16 Jun 2014 hingga 30 September 2015 )

Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan..