Saturday, October 3, 2015

BERTUKAR SEKOLAH KE SK KAMPUNG BARU KUALA ABANG, DUNGUN

Selamat Malam Sahabatku Semua.

Sekadar perkongsian. Pada 30 September 2015, semasa menjalankan tugas-tugas pejabat di SK Durian Mas 1, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari PPD Dungun yang meminta aku ke PPD pada sebelah petangnya jam 3.00 petang. Aku tidak tahu langsung apa yang PPD mahu dariku.

Pada jam 3.00 petang, aku terus ke PPD selepas pulang dari sekolah. Rupa-rupanya seramai 32 orang guru di kalangan sahabat-sahabatku di seluruh sekolah telah dipanggil seperti aku. Barulah aku tahu yang aku akan menerima surat pertukaran selepas aku memohon bertukar pada Jun lepas.

Dalam taklimat bersama PPD, aku telah menerima surat dari JPNT yang mana aku telah ditukarkan ke SK Kampung Baru Kuala Abang. Jawatanku di sekolah baru adalah sama dengan di SKDM1 iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau GPK HEM. Aku dan sahabat-sahabatku yang lain diminta untuk melapor diri di sekolah baru pada 1 Oktober 2015. Alhamdulillah, Syukur padaMu ya Allah......

Selamat tinggal SK Durian Mas 1
Selamat tinggal guru-guru dan murid-murid SK Durian Mas 1
SK Durian Mas 1 - ( 16 Jun 2014 hingga 30 September 2015 )

Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan..



No comments: