Thursday, August 13, 2009

Dapat anak saudara baru

Salam sejahtera,
Hari ini 13 Ogos 2009, jam 9.00 pagi kakak ipar ku ( Che Long ) selamat melahirkan seorang anak perempuan ( anak ke 4 ) dalam keluarganya. Abangku menghantar ke hospital pada jam 6.00 pagi. Semoga abangku dan kakak ipar berada dalam keadaan sihat yang sejahtera. Petang tadi aku dan family nak pergi melawat tapi kanak2 tak boleh masuk. Cuma isteri aku saja yang dapat masuk ke dalam wad bersalin di Hospital Dungun. Waktu melawat pula disingkatkan dari 3 jam ke 2 jam je. Isteriku kata berat bayi tersebut ialah 3.46 kg. Berat tu. Sekarang anaknya 1 lelaki dan 3 perempuan.
Gambar bayi tu takda lagi setakat ni. Mungkin akan datang aku akan masukkan gambar pulak.
Sekian dulu cerita abangku yang tersayang ( Redzuan ). Kepada anak sulungnya ( Kak Roha ) tahniah kerana dapat adik baru. Heroin lagi.

No comments: