Tuesday, September 1, 2009

Berbuka Puasa dan Kemerdekaan

Salam,
Jumpa lagi. Semalam kita menyambut Hari Kebangsaan kali ke 52. Memang meriah pada malam 31 Ogos tu. Masa tu aku minum kat Kopitiam Dungun bersama 3 orang birasku. Kami memang kamcing. Sambil minum kopi kami tak sedar yang orang sedang memasang bunga api dan laungan merdeka tepat jam 12.00 tengah malam. Kami pun keluar dari kedai dan melihat pertunjukan bunga api. Memang meriah.
Semalam pulak, kami yang berkumpul di rumah mertua di Dungun ni, sama-sama berbuka puasa. Kuih dan lauk pauk memang banyak, sampai tak habis. Malam tu masing-masing balik ke kampung masing2 untuk kerja pada 1 September. Azlan sekeluarga balik ke Kuala Lumpur, Abang Nan sekeluarga balik ke Kuala Berang, dan Abang Zul sekeluarga balik ke Kemaman. Tinggallah aku dan keluarga kat rumah.
Nanti kita jumpa lagi pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi.
Cukup dulu sampai di sini. Tak lupa pada Su yang awal2 lagi balik ke UPSI.

1 comment:

SYAHIDA said...

wawaawa.. c u ari raya..