Friday, September 4, 2009

Taklimat Pengawasan UPSR SK Seberang

Salam,
Kita berjumpa lagi. Semalam, Khamis ( 3 September ) aku ke SK Seberang Dungun untuk menghadiri sesi taklimat pengawasan UPSR 2009. Aku ditugaskan sebagai pengawas peperiksaan. Ada 7 orang guru yang terlibat. Ketua pengawas peperiksaan pula ialah Cikgu Syafiq Abdullah dari SK Paka 2. Member kamcing aku Cikgu Abu pun terlibat dengan pengawasan pada minggu depan iaitu 8 hingga 10 September 2009. Cikgu lain ada dari SKKN, SK B1, dan SK Pulau Serai.
Kepada pelajar Tahun 6, hadapilah peperiksaan ini dengan tabah dan buat yang terbaik.
Kepada cikgu Pengawas, bersedialah menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.
Ok, setakat ni dulu, lain kali aku cerita lagi.

No comments: